MENU

Assalamualaikum W.M.T dan salam sejahtera..

 

‘SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN'

 

Majlis Perbandaran Teluk Intan merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan,

barisan hadapan yang memberi perkhidmatan kepada

masyarakat bandar khususnya.

Melalui laman web ini, dipaparkan pelbagai maklumat

berkaitan perkhidmatan-perkhidmatan, program-program

 yang dilaksanakan untuk warga Teluk Intan dan para

pelawat laman ini. Adalah diharapkan laman web ini

dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya ke arah

meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kami

kepada orang ramai melalui penyertaan masyarakat dalam

memberi input berupa komen, cadangan dan idea yang konstruktif.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih

kepada para pelawat sekalian. Kepada warga MPTI,

marilah kita bersama-sama menunaikan tanggungjawab

kita sebagai warga bandaran dan pada masa yang

sama memelihara keindahan dan kebersihan bandar kita.

Kepada semua yang berkunjung ke bandar Teluk Intan,

jangan lupa melawat Menara Condong Teluk Intan yang unik

dan bersejarah.

 

AZIZAN BIN HJ ABD.MUIN, PMP., AMP.,PPT.
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan

"HEALTH IS WEALTH"