MENU

2) RESTORAN MASTAN GHANI

                         

 

Mee rebus Mastan Ghani sangat terkenal di kalangan orang Perak. Siapa yang datang Teluk Intan wajib rasa makanan ini.Sudah terdapat beberapa cawangan Restoran Mastan Ghani namun lebih seronok jika makan di kedai lama mereka di Jalan Bandar berdekatan dengan Menara Condong.Kedai lama kecil dan sempit ini memang tak berubah selepas 30 tahun. Jika mahu ruang yang luas dan selesa, boleh ke Jalan Selat, Teluk Intan, iaitu jalan menuju ke Kampung Gajah sebelum jambatan merentasi Sungai Perak.Selain Mee Rebus, rojak Mastan Ghani adalah antara menu popular yang wajib rasa.

Alamat: 55, Jalan Bandar, Pekan Teluk Intan, 36000 Teluk Intan, Perak