MENU

PERPUSTAKAAN AWAM TELUK INTAN

 

Perpustakaan Awam Cawangan Utama Teluk Intan merupakan perpustakaan awam cawangan di Daerah Hilir Perak terletak di Jalan Selat, Teluk Intan. Bangunannya berhampiran dengan pusat bandar dan dikelilingi dengan beberapa buah sekolah yang menjadikan ianya tempat tumpuan orang ramai menimba ilmu. Kronologi:-

1983 - Sebuah bangunan di perkarangan Pejabat Daerah dan tanah Hilir Perak dijadikan Perpustakaan Awam Teluk Intan, hasil daripada perbincangan di antara Majlis Daerah Teluk Intan dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk). Urusan pentadbiran perpustakaan ini dikendalikan bersama.

1990 - PPANPk telah mengambil alih keseluruhan urusan pentadbiran daripada Majlis Daerah Teluk Intan.

1992 - Sebuah bangunan baru Perpustakaan Awam Teluk Intan yang dibiayai oleh YBhg Dato' Mah Pooi Soo di bina di Lot 853, Jalan Selat. Pada 1 November 1992 ia mula beroperasi kepada orang awam.

1993 - Pada 25 September 1993 bersamaan 9 Rabiulakhir 1414H bangunan Perpustakaan Awam Teluk Intan dirasmikan oleh D.Y.T.M Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, D.K., S.P.C.M., S.P.T.S.

1996 - PPANPk memulakan Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak di daerah ini yang di bawah urusan Perpustakaan Awam Teluk Intan. Perkhidmatan ini pergi ke kawasan-kawasan pendalaman yang tiada perkhidmatan perpustakaan desa.

2004 - Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak ditamatkan kerana keadaan bas terlalu uzur dan tidak ekonomik untuk diperbaiki.

2008 - e-Pustaka merupakan Perpustakaan Bergerak Multimedia yang mulakan perkhidmatannya di Daerah Hilir Perak sebagai ganti Perpustakaan Bergerak yang telah ditamatkan perkhidmatannya. Ia merupakan perkhidmatan berasaskan ICT dan multimedia termasuk melayari Internet.