Sewaktu Charles Edwards mengambil alih jawatan sebagai Pengurus HSBC Singapura, beliau telah melawat setiap cawangan di semenanjung. Meskipun dilanda masalah ketika zaman Pentadbiran Tentera sebelum perang akan segera kembali.
Justeru itu beliau menjelajah Malaya bersama George Stabb dan sewaktu kembali ke Singapura, beliau telah meminta Stabb untuk segera ke Teluk Anson bagi membuka pejabat disana. Setibanya beliau disana, beliau mendapati bahawa Pertubuhan Peladang Hilir Perak (yang ketika itu tidak mengetahui bahawa HSBC telah merancang untuk membuka cawangan di Teluk Anson) telah berjanji untuk menyokong cawangan baru Chartered Bank.
Harold Davies merasakan bahawa Teluk Anson tidak sesuai untuk HSBC beroperasi. Walaubagaimanapun, Stabb akhirnya membuat cawangan Mercantile Bank of India Ltd pada 1 November 1946. Operasi bank ini bermula dengan berkongsi pejabat bersama pelanggan terawalnya iaitu Syarikat Lee Rubber. Tidak lama kemudian, sebuah bangunan setinggi dua tingkat telah siap dibina dan terus digunakan untuk pengoperasian bank.
Bank tersebut kemudiannya bergabung dengan Hongkong and Shanghai Banking Corporation dan bangunan ini diletakkan papan tanda 'HSBC'. Lebih 70 tahun berlalu dan bangunan ini masih kelihatan sama seperti asal.