Mengenai Kami

Soalan Lazim

Pelepasan cukai?

Anda boleh mendapat pelepasan cukai jika rumah/ bangunan anda kosong (tidak didiami) dengan syarat anda telah memberi notis secara bertulis kepada MPTI mengenai kekosongan itu.maklumkan juga bahawa banggunan itu telah diruntuhkan, diubahkan ketapak lain, dimusnahkan oleh kebakaran, angin, ribut atau sebab-sebab lain.

Jika tidak menerima sebarang bil taksiran?

Datang sendiri ke pejabat MPTI,Bahagian Kewangan untuk mendapatkan bil-bil serta bawa bersama bil lama untuk rujukan atau no.lot/no.rumah/ kedudukan harta.

Bagaimana untuk melakukan pertukaran hakmilik?
Maklumkan kepada MPTI dengan mengisi borang 1 dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik dilakukan.Jika gagal pihak MPTI boleh mengambil tindakan mengikut seksyen 160 (6),Akta 171.
Cara bayaran?
Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun: 1/2 tahun pertama - 1 januari hingga februari. 1/2 tahun kedua- 1 julai hingga 30 ogos.
Apakah erti cukai taksiran?

Cukai Taksiran atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti rumah kediaman harta perusaharaan, tanah kosong, tanah pertanian yang terletak didalam kawasan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Perhatian :

Jika anda mempunyai sebarang soalan yang tiada di dalam Soalan Lazim ini, boleh menghubungi nombor berikut hotline di 05-6221299 atau emailkan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/11/2024 | Jumlah Pelawat : 38151
EKSA