1. Kenapa saya menerima Notis Menyemak Senarai Nilaian Baharu?

MPTI telah menghantar Notis Menyemak Senarai Nilaian Baharu kepada semua pemilik pegangan dalam kawasan pentadbiran MPTI sebagai pemakluman mengenai pengenaan cukai taksiran baharu yang berkuatkuasa pada 01 Januari 2026.  

Ini selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Bil. 2186 bertarikh 9 Julai 2025 dan disahkan dengan serta-merta, berhubung Penguatkuasaan Senarai Nilaian Baharu dan Kadar Baharu Cukai Taksiran di dalam Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Teluk Intan

2. Bila saya perlu bayar notis baharu ini?

Notis ini tidak perlu dibayar kerana ianya adalah bukan bil cukai taksiran. Ini hanyalah notis pemakluman awal kepada pemilik tentang pengenaan nilaian baharu ke atas pegangan (harta). Bil cukai taksiran baharu boleh diperolehi mulai 01 Januari 2026.

3. Kenapa ada perubahan cukai taksiran dan bila kali terakhir penyediaan Senarai Nilaian dibuat?

Perubahan cukai taksiran berlaku apabila suatu nilaian baharu dikuatkuasakan selaras dengan Seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang menyatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah menyediakan Senarai Nilaian Baharu setiap lima (5) tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri. Penyediaan Senarai Nilaian Baharu ini dibuat bertujuan sebagai proses mengemaskini Nilai Tahunan pegangan (harta) berdasarkan keadaan pasaran semasa, pembangunan setempat atau perubahan struktur harta, bagi memastikan kadar cukai taksiran yang dikenakan adalah adil dan saksama. Dalam hal ini, kali terakhir MPTI menyediakan Senarai Nilaian adalah pada tahun 1988 (37 tahun) dan Aras Nilaian pada tahun 1984 (41 tahun).

4. Siapa yang terlibat dengan perubahan cukai taksiran baharu ini?

Semua pemilik pegangan (harta) dalam kawasan pentadbiran MPTI, contohnya rumah kediaman, premis perniagaan, bangunan kilang/industri, menara telekomunikasi, pencawang elektrik, harta khas, tanah pertanian, tanah kosong dan lain-lain.

5. Bilakah tarikh iklan Senarai Nilaian Baharu?

Senarai Nilaian Baharu telah diiklankan pada 22 Ogos 2025 melalui dua (2) surat akhbar iaitu Berita Harian dan New Strait Times. Nombor rujukan warta bertarikh 01 Ogos 2025 nombor rujukan MPTI/130/763 Jld.6; PU.PK. 15/77 (VII).

6. Berapa jumlah cukai taksiran baharu yang perlu dibayar?

Contoh 1 : Jumlah cukai taksiran baharu yang perlu dibayar.

Contoh 2 : Jumlah cukai taksiran baharu yang perlu dibayar.

8. Bagaimana MPTI menentukan cukai yang dikenakan?

Cukai yang dikenakan adalah berdasarkan anggaran sewa setahun sesuatu pegangan (harta). Dalam hal ini, MPTI menggunakan asas nilaian pada tahun 2023.

Contoh 1 : Pengiraan bagi kategori pegangan (harta) kediaman sekiranya kadar lama DIKEKALKAN.

Contoh 2 : Pengiraan bagi kategori pegangan (harta) kediaman, MPTI telah meminda kadar yang lebih MUNASABAH dan pengurangan cukai melalui Dasar Had Kenaikan tidak melebihi 25% cukai semasa:

Berdasarkan perbandingan Contoh 1 dan 2, MPTI telah memberikan pengurangan cukai sebanyak RM417.10 setahun selepas meminda kadar dan pengurangan melalui Dasar Had Kenaikan yang telah digunapakai.

9. Berapa perubahan cukai baharu yang akan berkuatkuasa pada 01 Januari 2026?

Bagi pegangan harta yang tiada perubahan matan atau penambahan ruang lantai, had kenaikan cukai taksiran baharu adalah seperti jadual berikut:

Sekiranya perubahan cukai baharu melebihi had kenaikan yang ditetapkan, maka pengurangan cukai akan diberikan kepada pegangan tersebut. Dalam notis, Cukai Perlu Bayar adalah seperti di dalam kotak berwarna hitam.

10. Kenapa CUKAI PERLU BAYAR di dalam notis yang saya terima menunjukkan kenaikan yang ketara?

Terdapat sebahagian pegangan (harta) yang menunjukkan kenaikan ketara berdasarkan faktor berikut:

  1. Perubahan matan iaitu tanah kosong telah siap dibina dengan bangunan kediaman/perniagaan/industri;
  2. Perubahan matan iaitu bangunan kediaman yang diubahsuai menjadi perniagaan/industri;
  3. Perubahan matan iaitu bangunan perniagaan yang diubah menjadi industri.
  4. Penambahan ruang lantai kediaman/perniagaan/industri. Contohnya: rumah kediaman satu tingkat telah diubahsuai menjadi rumah dua tingkat
11. Apa perlu saya buat bila dapat notis ini dan bila tarikh akhir bantahan?

Pemilik pegangan (harta) perlu memahami maksud notis tersebut terlebih dahulu dan sekiranya terdapat pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta di talian 05-6221299 sambungan 182.

Sekiranya pemilik pegangan (harta) tidak berpuas hati atau terkilan dengan Senarai Nilaian Baharu, maka bolehlah mengemukakan bantahan sebelum atau pada 19 September 2025. Pemilik pegangan yang membuat bantahan akan dipanggil ke satu Sesi Pendengaran Bantahan yang akan diadakan bagi menilai semula bantahan tersebut.

 

12. Bagaimana untuk mengemukakan bantahan kepada MPTI?

Sebarang bantahan boleh dikemukakan secara BERTULIS berserta salinan notis tersebut kepada Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Teluk Intan.

Sila hubungi talian 05-6221299 sambungan 182 (waktu pejabat) untuk sebarang pertanyaan.

Disediakan oleh:

Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

Majlis Perbandaran Teluk Intan

Kemas kini 22 Ogos 2025

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA