Jejak Warisan

Istana Lama Raja Muda Perak

Istana Lama Raja Muda Perak

Bekas istana yang menjadi kediaman rasmi untuk Raja Muda Perak ini dibina pada tahun 1924 dengan kos sebanyak $27,000. Raja Muda Perak pertama yang bersemayam disini ialah Almarhum Sultan Abdul Aziz, Sultan Perak ke-31.

Pada masa dahulu istana ini masih digunakan, Teluk Intan digelar sebagai Bandar Diraja. Pelbagai acara pernah diadakan disini antaranya ialah ketika kunjungan Gabenor Jeneral Malaya, Sir Malcolm Macdonald ke Teluk Anson, beliau telah diraikan di Istana Raja Muda, dan dipersilakan untuk makan tengahari bersama Raja Muda.

Perayaan terbesar pernah yang dianjurkan disini ialah majlis perkahwinan pada 1 Ogos 1963 diantara Raja Aminah yang merupakan puteri kedua kepada Raja Muda Perak dengan Leftenan Tengku Ibrahim, putera kedua Sultan Pahang. Raja Muda Perak yang terakhir sekali menduduki Istana ini ialah Almarhum Raja Muda Ahmad Siffuddin ibni Almarhum Sultan Iskandar sehingga kemangkatan baginda pada tahun 1987.

Pada tahun 1988, DYTM Raja Muda Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak yang baru telah bersemayam di Istana Tetamu di Ipoh.

Pertanyaan

Maklumat Sedang Dikemaskini

Koordinat

WGS 84 : N2.5529° , E103.7549°

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/10/2024 | Jumlah Pelawat : 38174
EKSA