Jejak Warisan

Jambatan Keretapi Sungai Bidor

Jambatan Keretapi Sungai Bidor

Digelar 'Gerotak Besi oleh penduduk tempatan, Jambatan Keretapi Sungai Bidor merupakan bahagian penting dalam laluan keretapi Teluk Anson - Tapah Road yang dibina British pada Mei 1891 dan siap pada November 1892. Mr. Spence Moss, Jurutera Keretapi Residen British telah mereka bentuk jambatan ini mengikut model jambatan keretapi Charing Cross yang merentasi Sungai Thames di London.

Pembinaan ini diselia oleh Sir Frank Swettenham yang merupakan Residen British Perak dan jambatan ini telah dirasmikan oleh Sir Cecil Clementi Smith, Gabenor Negeri-Negeri Selat pada 18 Mei 1893 bersama pembukaan laluan keretapi Teluk Anson - Tapah Road dalam satu upacara yang gilang gemilang. Sewaktu serangan tentera Jepun di Malaya pada 1942, jambatan ini telah dimusnahkan oleh tentera British yang berundur, namun kemudian segera diperbaiki oleh tentera Jepun setelah menawan Teluk Anson.

Pertanyaan

Maklumat Sedang Dikemaskini

Koordinat

WGS 84 : N2.5529° , E103.7549°

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/10/2024 | Jumlah Pelawat : 38172
EKSA