Pada 17 September 1894, sebuah kereta api wap yang sedang membawa tiga gerabak penumpang serta taukey lombong yang baru pulang meninjau beberapa lokasi perlombongan di Perak telah diserang oleh seekor gajah jantan.
Kesan kemalangan tersebut mengakibatkan lokomotif serta gerabak keretapi tergelincir dan laluan diantara Tapah Road dan Teluk Anson terpaksa ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikkan. Tiada penumpang yang cedera dalam insiden ini dan mereka terpaksa berjalan kaki ke Steen Keretapi Teluk Anson, kurang 3 batu dari tempat kejadian. Akibat rempuhan tersebut, gajah jantan itu mati di tempat kejadian. Menurut I.H.N. Evans, tengkorak gajah ini merupakan yang terberat direkodkan dalam sejarah di Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu.
Bagi memperingati peristiwa ini, sebuah papan tanda telah didirikan di tempat bangkai gajah tersebut ditanam. Tengkorak dan dua gading gajah tersebut kini disimpan dan dipamerkan di Muzium Perak, Taiping. Tulang paha gajah jantan dengan panjang kira-kira hampir semeter pula masih disimpan elok dan dipamerkan di ruang legar mini muzium KTMB Johor Bahru.