Aktiviti & Berita

KEMPEN PENGURUSAN HAIWAN TERBIAR MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN BAGI TAHUN 2025

26 JULAI 2025 (SABTU) - Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar MPTI Tahun 2025 diadakan di Arena Square Teluk Intan.
Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar 2025 anjuran MPTI ini adalah bertujuan memupuk kesedaran tentang sikap pemilikan haiwan peliharaan secara bertanggungjawab (responsible pet ownership), di samping memperkasa komuniti dan PBT dalam usaha mengurus haiwan terbiar secara beretika.
Kempen pengurusan haiwan terbiar bukan sahaja memberi manfaat kepada haiwan tersebut, tetapi juga kepada masyarakat secara keseluruhan. Dengan mengurangkan populasi anjing liar, kempen ini dapat membantu mencegah penyebaran penyakit, mengurangkan risiko kemalangan jalan raya, dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih dan selamat.
Hadir sama YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim selaku perasmi program Kempen Haiwan Terbiar 2025. Turut hadir YBrs Tn. Hj Mohd Azhar Alias (Setiausaha MPTI), Ahli-Ahli Majlis MPTI, Pengarah Jabatan MPTI, Pengerusi KRT Hilir Perak dan Bagan Datuk.

1
10
11
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA