OPERASI BERSEPADU KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI (KPDN) BERSAMA MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN (MPTI) & POLIS DI RAJA MALAYSIA (PDRM)
20 Jun 2023 (Selasa) - KPDN telah mengeluarkan 2 kompaun atas kesalahan penimbang yang telah tamat tempoh dan 1 kompaun daripada MPTI atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen, yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari semalam.
"Operasi khas itu dijalankan di kawasan Jalan Maharajalela dan memfokuskan kepada premis yang meletakkan barang lusuh dikawasan premis masing-masing. Dengan kekuatan 13 anggota daripada pihak KPDN, MPTI dan PDRM ops ini berjalan dengan jayanya.Pihak Agensi dan Jabatan yang terlibat dalam OPS ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dan operasi secara giat akan diteruskan bagi membendung kegiatan tersebut daripada terus berleluasa.
Majlis Perbandaran Teluk Intan