Aktiviti & Berita

OPERASI PELESENAN , KEBERSIHAN DAN HALANGAN PREMIS MAKANAN

20 FEBRUARI 2023 (SELASA) - Operasi pelesenan, kebersihan & halangan premis makanan di sekitar Bandar Teluk Intan iaitu di Jalan Changkat Jong, Jalan Sultan Abdullah & Taman Teluk Intan telah bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir 12.00 tengah malam.
Dengan kekuatan 4 orang anggota dari Bahagian Pelesenan dan Bahagian Penguatkuasa yang diketuai oleh Pen. Pegawai Persekitaran Pelesenan En. Mohd Azmir Arrfin, sebanyak 6 buah premis telah dibuat pemeriksaan dan 5 kompaun telah dikeluarkan didalam operasi tersebut.
Majlis Perbandaran Teluk Intan mengingatkan supaya premis-premis dapat mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan. Tindakan kompaun akan dikeluarkan serta-merta sekiranya premis tersebut gagal mengemukakan dokumen lesen dan tidak mengikut syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan oleh pihak MPTI.



1
10
11
12
2
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/03/2025 | Jumlah Pelawat : 38165
EKSA