YB KM MERASMIKAN PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) FIESTA TELUK INTAN - KOMUNITI BANDAR DEKAT DIHATI
17 Jun 2023- YB Tuan Nga Kor Ming (YB KM), Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Fiesta Teluk Intan - Komuniti Bandar Dekat di Hati sempena Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) di Dataran Menara Condong, Teluk Intan pada pagi ini.
YB KM juga turut menyampaikan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) berjumlah RM276,000 kepada 15 penerima Projek Bantuan Baik Pulih Rumah dan Bantuan Bina Baharu Rumah di Bandar bagi kawasan Hilir Perak dan Bagan Datuk.
Penerima Bantuan Baik Pulih rumah adalah dalam kalangan B40 yang berdaftar dengan eKasih di mana rumah yang didiami telah rosak disebabkan faktor usia atau bencana tetapi masih ekonomik untuk dibaiki. Manakala Bantuan Bina Baharu adalah bagi rumah yang didiami rosak teruk (tidak ekonomik untuk dibaiki) akibat bencana alam atau kebakaran dan akan dibina semula atas tanah/tapak sedia ada.
Penyaluran peruntukan ini merupakan sebahagian daripada program ‘Sentuhan Kasih Sayang’ KPKT dalam meningkatkan kualiti hidup komuniti khususnya di kawasan perbandaran. Keseluruhan peruntukan ini merupakan performance-based budget” atau peruntukan berlandaskan pelaksanaan bagi memastikan perkhidmatan dan fokus KPKT terhadap kesejahteraan rakyat dapat terus dipertingkatkan.
Turut hadir Exco Kerajaan Negeri Perak YB Tuan Woo Kah Leong, YB Puan Sandrea Ng Shy Ching, Timbalan KSU KPKT, Pegawai-Pegawai Kanan KPKT, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan Tuan Zairul Akmal Kasim, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Pengarah Jabatan MPTI, Rakan Media dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Lebih 2000 orang peserta dan pengunjung telah membanjiri Dataran Menara Condong dengan pelbagai acara yang diadakan iaitu Sukan Komuniti, Pertandingan Mewarna daripada pelbagai kategori umur, booth pameran dan promosi daripada pelbagai agensi dan persembahan pelbagai kaum daripada komuniti setempat.
Majlis Perbandaran Teluk Intan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YB KM diatas kesudian menghadiri program Fiesta Teluk intan serta merasmikan program tersebut serta penyaluran peruntukan kepada Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan strategik yang turut bekerjasama dalam merialisasikan program yang julung kali diadakan di Teluk Intan.
Gambar kredit kepada Unit Korporat KPKT