PROGRAM PEMERKASAAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) BERSAMA AGENSI-AGENSI KERAJAAN & SESI LIBAT URUS BERSAMA WARGA DAERAH BAGAN DATUK
PROGRAM PEMERKASAAN JAWATANKUASA PEMBANGUNAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JPKK) BERSAMA AGENSI-AGENSI KERAJAAN & SESI LIBAT URUS BERSAMA WARGA DAERAH BAGAN DATUK
30 JANUARI 2024 (SELASA) - Program Pemerkasan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) bersama Agensi-Agensi Kerajaan & Sesi Libat Urus bersama warga daerah Bagan Datuk diadakan di Dewan Armada Utama Politeknik Bagan Datuk.
Turut serta YBrs Puan Ramdhatun Ajma Jemail Setiausaha MPTI serta Ketua-Ketua Jabatan MPTI. Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk menyampaikan fungsi utama setiap jabatan kepada orang JPKK yang baru dilantik.