Aktiviti & Berita

PROGRAM PENANAMAN POKOK TEDUHAN DI KAWASAN PADANG TAMAN SRI INTAN HUTAN MELINTANG

14 JUN 2025 (SABTU) - Program Penanaman Pokok Teduhan di kawasan Padang Taman Sri Intan Hutan Melintang, Program dibawah Local Agenda 21 atau LA 21 ini yang dikolaborasi antara pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, MPTI, KRT Taman Sri Intan, Pejabat Perpaduan Bagan Datuk dan badan-badan bukan kerajaan seperti Rotary Club, Junior Chamber International, Pandu Puteri serta lain-lain rakan strategik ini merupakan suatu wadah yang sangat bermanfaat bagi kehidupan manusia dan haiwan yang tinggal di kawasan bandar bagi mengimbangi pembangunan bandar yang semakin pesat.
Pada pogram ini sebanyak 100 batang pokok jenis Tecoma Rosea atau dikenali sebagai Pokok telah ditanam oleh tetamu khas dan para peserta program. Dalam pada itu, turut diadakan program pemberian 100 buah tong sampah percuma oleh pihak Rotary Club kepada penduduk Taman Sri Intan Hutan Melintang.
Program ini telah dirasmikan oleh YDH Toh Seri Lela Paduka Dato' Dr Khalid bin Ismail Orang Besar Jajahan Daerah Bagan Datuk. Turut hadir sama YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI, 3. YBrs Ir. Ts. Amir Asrol Bin Ahmad Bangi (Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Bagan Datuk), YBrs Tuan Hj. Mohd Azhar Alias (Setiausaha MPTI), YBrs En. Mohd Faizal bin Md Kasim
Ketua Penolong Pegawai Daerah(Tanah) Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ahli Majlis MPTI, Penghulu Mukim Hutan Melintang, dan warga Komuniti KRT Taman Sri Intan Hutan Melintang.

1
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
2
20
3
4
5
6
7
8
9

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 21/01/2026 | Jumlah Pelawat : 38138
EKSA