Aktiviti & Berita

SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH HILIR 2023

TELUK INTAN, 30 OGOS 2023- Lebih 5,000 orang membanjiri Dataran Menara Condong, Teluk Intan sempena Sambutan Ambang Kemerdekaan Peringkat Daerah Hilir Perak Perak 2023 seawal jam 8.00 malam.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, YBrs. Tuan Zairul Akmal Kasim turut menghadiri sambutan itu pada jam kira-kira 10.00 malam diiringi Ketua-Ketua Jabatan Daerah Hilir Perak.
Sambutan itu dimulakan dengan persembahan tarian melayu, Persembahan Tarian Cina, Tarian Klasik India, Deklamasi Puisi, Persembahan seruling, "Classical music performance", Persembahan koir MPTI, Persembahan Double Trouble MPTI dan PDRM, dan Tayangan klip video Merdeka.

Majlis dimeriahkan dengan acara kemuncak iaitu pengiraan detik dan laungan ambang merdeka serta pertunjukan bunga api sambil mengibarkan Jalur Gemilang diiringi nyayian lagu-lagu Patriotik.
Diantara tetamu kehormat yang hadir pada program ini adalah YB Ahli Parlimen Pasir Salak, YB ADUN Changkat Jong, Wakil Ahli Parlimen Teluk Intan, Wakil ADUN Pasir Bedamar, Ketua-Ketua Jabatan Daerah, Ahli-Ahli Majlis MPTI, Pengarah Jabatan MPTI dan kehadiran orang ramai.

[widgetkit id="15" name="SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN PERINGKAT DAERAH HILIR 2023"]
aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/03/2025 | Jumlah Pelawat : 38166
EKSA