15 Februari 2023 (Rabu) - Sesi Dialog Komuniti (Town Hall Meeting) Bil.1/2023 telah diadakan di Dewan Rumah Rehat MPTI. Sesi Dialog Komuniti “Town Hall Meeting” merupakan manifestasi kepada masyarakat untuk bertanya, mendengar, menilai serta memberikan maklum balas.
Program ini juga dapat mengeratkan hubungan MPTI dengan pemimpin-pemimpin komuniti, peniaga dan NGO khususnya berkaitan aspek-aspek Kesejahteraan Bandar yang menjurus ke arah perbandaran yang makmur dan harmoni.
Ahli panel dalam sesi tersebut adalah Yang Dipertua MPTI, Tuan Mohd Hizaz Mohd Ibrahim, Pegawai Daerah Hilir Perak, Tuan Saidi Hj Shaari, Setiausaha MPTI Pn. Ramdhatun Ajma binti Jemail, Puan Nor Fazilah binti Amin mewakili Jurutera Daerah JKR, Timbalan OCPD SUPT Sarudin Hj. Samah, En Azman mewakili JPS Hilir Perak.
Perbincangan secara terbuka ini telah mendapat respon yang positif daripada semua pihak yang hadir.