02 Julai 2025 (RABU) Sesi Libat Urus Bagi Laporan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan (Sdgs Roadmap) Dan Voluntary Local Riview (VLR) Majlis Perbandaran Teluk Intan Tahun 2025 di adakan di Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan.
Sesi Libat Urus tersebut telah dirasmikan oleh YBRs Tuan Zairul Akmal Kasim Yang Dipertua MPTI. Seramai lebih kurang 85 orang peserta meliputi para penjawat awam peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk telah hadir ke sesi libat urus ini meliputi pelbagai jabatan / agensi teknikal, wakil – YB ADUN Sungai Manik dan Hutan Melintang, para Ahli Majlis MPTI, barisan Pengarah Jabatan MPTI.
Tujuan Sesi Libat Urus dan FGD diadakan adalah untuk membina kapasiti dan kefahaman tentang kemampanan bandar di peringkat komuniti dalam kawasan Daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk bagi mencapai matlamat Pembangunan Mampan 2030 (Sustainable Development Goals 2030).
Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah dirakamkan kepada Urbanice Malaysia atas pemilihan Majlis Perbandaran Teluk Intan bagi Penyediaan Laporan Hala Tuju SGDs ini dan penganjuran program yang sangat penting dan bermanfaat ini khususnya bagi Daerah ini.