01 MAC 2024 (JUMAAT) - Undian bersepadu Daerah Bagan Datuk Bil.1/2024 diadakan di Dewan Bandaran Teluk Intan. Sebanyak 151 kontraktor telah berjaya daftar semasa sesi cabutan undi tersebut dibuat yang meliputi pihak Jabatan dan Agensi Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk, Majlis Perbandaran Teluk Intan, Jabatan Pengairan dan Saliran.
Turut hadir ADUN Hutan Melintang YB Puan Wasanthee Sinnasamy, YBrs Tuan Zairul Akmal bin Kasim Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah.