Pengumuman

BORANG PENDAFTARAN PREMIS PENGINAPAN DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN

ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 TELAH DIWARTAKAN PADA 20 JULAI 2023 DAN PERATURAN-PERATURAN HOTEL PERAK 2024 TELAH DIWARTAKAN PADA 27 JUN 2024 UNTUK DIGUNAPAKAI DAN DIKUATKUASAKAN OLEH SEMUA PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) DI NEGERI PERAK.

PELAKSANAAN ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 DAN PERATURAN-PERATURAN HOTEL PERAK 2024 DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN ADALAH BERMULA PADA 01 JULAI 2024.

HOTEL YANG DITAFSIRKAN DI BAWAH ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 ERTINYA MANA-MANA PREMIS:

i. DI MANA ORANG DIBERI TEMPAT MENUMPANG, BERMALAM ATAU BERLINDUNG UNTUK APA-APA JENIS SEWA ATAU GANJARAN BAGI APA APA JUA TEMPOH DAN MASA.

ii. DI MANA BILIK-BILIK DILENGKAPI OLEH PEMUNYA, PENERIMA PAJAK, PENYEWA UTAMA, PENGHUNI ATAU PENGURUS PREMIS ITU UNTUK KEGUNAAN DOMESTIK BAGI ORANG YANG DIBERI TEMPAT MENUMPANG, BERMALAM ATAU BERLINDUNG.

iii. TERMASUKLAH ASRAMA, MOTEL, RUMAH TUMPANGAN, RUMAH PEMALAMAN, RUMAH TETAMU, RUMAH BOT, HOMESTAY, TAPAK PERKHEMAHAN ATAU KENDERAAN YANG DIGUNAKAN SEBAGAI TEMPAT MENGINAP YANG BERBAYAR.

SEMUA PEMUNYA PREMIS PENGINAPAN YANG TERSENARAI DI BAWAH ENAKMEN HOTEL PERAK 2023 DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN BOLEH MENDAFTAR MELALUI PAUTAN SEPERTI BERIKUT:

BORANG PENDAFTARAN PREMIS PENGINAPAN 
aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/11/2024 | Jumlah Pelawat : 38159
EKSA