Dibina dengan gaya senireka neo-klasikal, memorial ini menjadi tempat para tetamu kenamaan pada suatu masa dahulu untuk menonton pertandingan sukan yang diadakan di Padang Speedy. Struktur berkubah berbentuk oktagon dengan disokong lapan tiang, pavilion ini dibina oleh komuniti Ceylon bagi memperingati Jubli Perak pemerintahan King George V, raja pemerintah Great Britain dan Maharaja India pada 6 Mei 1935.
Komuniti Ceylon ini dibawa ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu oleh Residen British Sir Hugh Low. Mereka terlibat dalam pembinaan laluan Keretapi pertama dari Taiping ke Port Weld dan juga laluan keretapi dari Tapah Road ke Teluk Anson. Terdapat dua individu berketurunan Ceylon yang banyak berjasa terhadap pembangunan Teluk Anson. Salah seorang daripada mereka ialah Weeratuunge Edward Perera yang terlibat secara lansung dalam pembangunan Edward Perera yang terlibat secara lansung dalam pembangunan pendidkan dan juga pembinaan Kampung Guru, sebuah skim perumahan tertua di negara ini yang dibina oleh Persatuan Koperasi Guru Inggeris.
Seorang lagi ialah En. S. Sabapathy yang merupakan Pembantu Jurutera dibawah Jabatan Kerja. Raya (P.W.D.) yang bertanggungjawab membina Menara Air Teluk Anson (Menara Condong) bersama Leong Choon Cheong, arkitek yang merekabentuk menara ini.