Jejak Warisan

Memorial Jubil Perak King George V

Memorial Jubil Perak King George V

Dibina dengan gaya senireka neo-klasikal, memorial ini menjadi tempat para tetamu kenamaan pada suatu masa dahulu untuk menonton pertandingan sukan yang diadakan di Padang Speedy. Struktur berkubah berbentuk oktagon dengan disokong lapan tiang, pavilion ini dibina oleh komuniti Ceylon bagi memperingati Jubli Perak pemerintahan King George V, raja pemerintah Great Britain dan Maharaja India pada 6 Mei 1935.

Komuniti Ceylon ini dibawa ke Negeri-Negeri Melayu Bersekutu oleh Residen British Sir Hugh Low. Mereka terlibat dalam pembinaan laluan Keretapi pertama dari Taiping ke Port Weld dan juga laluan keretapi dari Tapah Road ke Teluk Anson. Terdapat dua individu berketurunan Ceylon yang banyak berjasa terhadap pembangunan Teluk Anson. Salah seorang daripada mereka ialah Weeratuunge Edward Perera yang terlibat secara lansung dalam pembangunan Edward Perera yang terlibat secara lansung dalam pembangunan pendidkan dan juga pembinaan Kampung Guru, sebuah skim perumahan tertua di negara ini yang dibina oleh Persatuan Koperasi Guru Inggeris.

Seorang lagi ialah En. S. Sabapathy yang merupakan Pembantu Jurutera dibawah Jabatan Kerja. Raya (P.W.D.) yang bertanggungjawab membina Menara Air Teluk Anson (Menara Condong) bersama Leong Choon  Cheong, arkitek yang merekabentuk menara ini.

Pertanyaan

Maklumat Sedang Dikemaskini

Koordinat

WGS 84 : N2.5529° , E103.7549°

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 19/11/2024 | Jumlah Pelawat : 38157
EKSA