TELUK INTAN (18 APRIL 2026 SABTU) - Program Gotong-Royong Penanaman Pokok di bawah inisiatif Local Agenda 21 (LA21) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya yang dihadiri hampir 300 orang peserta pada 18 April 2026 bertempat di Taman Rekreasi Taman Indah Jaya. Program ini merupakan usaha kolaboratif yang melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) pelajar sekolah serta komuniti setempat, dalam memperkukuhkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian bandar.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs En. Badrul Hisham Badarudin Pegawai Khas kepada YB Tuan Woo Kah Leong, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama komuniti dalam memastikan agenda pembangunan mampan terus diperkasakan selaras dengan matlamat LA21.