PROGRAM KEMAMPANAN KOMUNITI BANDAR (PKKB) - FIESTA TELUK INTAN 2026 : "Harmoni Dalam Kepelbagaian"
Program yang berlangsung pada 16 Mei 2026 di Dataran Menara Condong Teluk Intan telah mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 3,000 pengunjung hadir memeriahkan suasana seawal jam 7.00 pagi lagi.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Steven Chaw Kam Foon, Setiausaha Politik Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap ADUN kawasan Menglembu. Turut hadir, YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim (Yang Dipertua MPTI), YBrs En. Mohd Hafiz Sulaiman (Pen. Setiausaha Kanan Bahagian Kesejahteraan Komuniti KPKT, ACP Chua Kok Lian (Ketua Polis Daerah Hilir Perak), YBrs Dr. Siti Rohani Nurumal (Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak), PKPgB Mohd Ismail Mohd Yunus (Pegawai BOMBA Daerah Hilir Perak), Puan Mastura Mokhtar (Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Teluk Intan), Dr. Nor Akmar Ibrahim (Setiausaha MPTI), Ahli Majlis-Ahli Majlis MPTI, Wakil Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ketua Bahagian MPTI, Rakan Media dan komuniti setempat.
Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia dan kaum bersama-sama menyertai aktiviti yang dijalankan dalam semangat perpaduan yang harmoni.
Antara aktiviti menarik yang berlangsung:
Pertandingan Melukis & Mewarna
Fun Walk
Senam Robik
Dam Ular Gergasi
Sepakan Penalti Veteran
Congkak
Bola Jaring 3 On 3
Pameran Reruai Agensi Kerajaan / NGO
Kempen Pengumpulan & Pembelian Barangan E-Waste
Terima kasih kepada semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung yang telah menjayakan program ini.