Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Zairul Akmal bin Kasim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, bertempat di Dewan Dato’ Lope Hashim, Bagan Datuk. Hadir sama dan menyertai sesi perbincangan tersebut YBrs Tuan Mohd Faizal Md Kasim (KPPD Tanah Bagan Datuk) mewakili Tuan Pegawai Daerah Bagan Datuk, YBhg Datin TPr Noraida Saludin (Pengurus Kajian Rancangan Kawasan Khas Bandar Bagan Datuk), YBrs Tuan Azirul Hazimi Hussain (Jurutera Daerah JPS Bagan Datuk), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ahli Majlis Daerah Bagan Datuk, Pengarah Jabatan MPTI.
Perbincangan ini menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi di Daerah Bagan Datuk sebagai platform perkongsian idea, pandangan serta cadangan ke arah pembangunan bandar yang lebih terancang, mampan dan berdaya huni.