Jejak Warisan

Gereja Tamil Methodist

Gereja Tamil Methodist

Gereja Tamil Methodist bermula pada tahun 1905 sebagai salah satu tempat ibadah daripada Gereja Tamil Methodist Ipoh. Usaha ini berterusan sehinggalah tahun 1914 dengan ketibaan Rev. Kohlhoff sebagai Paderi pertama di gereja kecil ini.

Upacara sembahyang diadakan di Sekolah Anglo-Chinese Teluk Anson. Pada 1916, cawangan gereja kecil ini telah distruktur semula sebagai sebuah gereja penuh dengan keahlian seramai 30 orang, dan usaha dakyah di estet berdekatan semakin meningkat. Menjelang 1927, gereja ini merangkumi 48 estet dengan komuniti Kristian seramai 800 orang, digerakkan oleh seorang paderi, dua orang pembantu serta beberapa orang pendakyah tempatan.

Pada 12 Januari 1936, batu asas bagi pembinaan gereja baru telah diletakkan oleh Bishop Edwin Lee. Gereja baru ini dibina dengan kos sebanyak $6,780 dan daripada jumlah ini $4,500 telah diperolehi dari komuniti Kritistian tempatan. Namun terdapat kekangan kewangan untuk membeli perabot baru untuk kegunaan gereja, jadi untuk mengelakkan dari dibebani hutang, kerusi lama digunakan dalam gereja ini.

Gereja ini akhirnya dirasmikan pada 5 April 1936.

Pertanyaan

Maklumat Sedang Dikemaskini

Koordinat

WGS 84 : N2.5529° , E103.7549°

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 19/11/2024 | Jumlah Pelawat : 38157
EKSA