Maklumat Korporat

Perutusan Yang Dipertua

 

‘SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN'

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani.

Dengan rasa syukur kehadrat Allah S.W.T., saya mengalu-alukan kehadiran semua pengunjung ke Portal Rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).

Sebagai pihak berkuasa tempatan yang menjadi nadi penggerak kepada pembangunan sosio ekonomi di daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk, MPTI sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan perbandaran yang berkualiti, cekap, dan berpaksikan rakyat. Selaras dengan arus kemodenan, pihak majlis kini sedang giat melaksanakan Pelan Transformasi Digital MPTI bagi memastikan sistem penyampaian perkhidmatan dapat dilaksanakan dengan lebih responsif dan inklusif.

Dunia hari ini menuntut kelajuan dan ketepatan. Justeru, MPTI komited untuk beralih daripada kaedah konvensional kepada ekosistem perkhidmatan digital yang menyeluruh secara berfasa.  Kami sedang giat memantapkan infrastruktur digital bagi memudahkan urusan anda, daripada semakan dan bayaran cukai taksiran, permohonan lesen perniagaan melalui aplikasi MyPatil, sehinggalah kepada Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) yang kini lebih pantas dan telus. Portal ini bukan sekadar sumber informasi, malah ia adalah pejabat maya yang membolehkan warga MPTI berurusan dengan kami di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama memanfaatkan segala maklumat dan aplikasi yang tersedia di portal ini sebagai pemangkin kepada perkhidmatan yang memudahkan urusan para pelanggan MPTI, saya bagi pihak MPTI sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklum balas daripada orang ramai.

Sekian, terima kasih.


 

‘WELCOME  TO TELUK INTAN MUNICIPAL COUNCIL OFFICIAL PORTAL'

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030, and Salam Malaysia Madani.

With gratitude to Allah S.W.T., I warmly welcome all visitors to the Official Portal of the Teluk Intan Municipal Council (MPTI).

As the local authority serving as the heartbeat of socioeconomic development in the districts of Hilir Perak and Bagan Datuk, MPTI is steadfast in its commitment to providing high-quality, efficient, and people-centric municipal services. In line with the current era of modernization, the Council is actively implementing the MPTI Digital Transformation Plan to ensure that our service delivery systems are more responsive and inclusive.

The world today demands speed and precision. Therefore, MPTI is committed to transitioning from conventional methods to a comprehensive, phased digital service ecosystem. We are actively strengthening our digital infrastructure to facilitate your affairs—ranging from the checking and payment of assessment taxes and business license applications via the MyPatil application, to the Public Complaint Management System (SISPAA), which is now faster and more transparent. This portal is not merely an information resource; it is a virtual office that enables the residents of MPTI to conduct business with us anywhere and at any time.

In conclusion, let us work together to utilize all the information and applications available on this portal as a catalyst for services that simplify matters for all MPTI customers. I, on behalf of MPTI, always welcome any suggestions and feedback from the public.

Thank you.

MOHD FAIZAL BIN MD KASIM, A.C.M
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan
aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 11/06/2026 | Jumlah Pelawat : 38197
EKSA