-
Bentuk Bulat melambangkan
"Bulat air kerana pembentung, "bulat manusia kerana muafakat".
-
Bunga Padi dikedua-dua belah logo melambangkan
Terdapatnya jelapang padi di Daerah Hilir Perak.
-
Simbol Bangunan melambangkan
Mercu tanda Bandar Teluk Intan yang sinonim dengan Bandar Menara Condong
-
Warna biru dan simbol kapal di bahagian bawah logo melambangkan
Bandar Teluk Intan yang dilingkungi oleh aliran Sungai Perak dan Sungai Bidor yang menjadi nadi pengangkutan dan menjadi tuaian hasil sungai kepada penduduk tempatan.
-
Bentuk Gear berwarna kelabu melambangkan
Terdapatnya industri hiliran seperti perusahaan minyak sawit, limbungan kapal, tekstil, hasil laut dan pelbagai perusahaan kecil dan sederhana.
-
Lengkungan berwarna merah melambangkan
keberanian dan semangat waja serta tegas dalam prinsip-prinsip menjalankan tugas yang semakin mencabar.
-
Bulatan berwarna kuning melambangkan
Daerah Hilir Perak adalah bandar Diraja untuk Raja Muda Perak semenjak tahun 1938. Penetapan ini dibuat oleh Sultan Iskandar Shah (1918-1938) yang ketika itu menjadi sultan perak.
-
Simbol pokok yang berwarna hijau
Melambangkan komitmen MPTI dalam memastikan kehijauan bandar ini terus terpelihara.