Jejak Warisan

Makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I

Makam Sultan Abdullah Muhammad Shah I

Makam ini merupakan tempat bersemadinya Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah I Ibni Raja Kecil Besar Abdul Rahman yang bersemayam di Durian Sebatang sewaktu menduduki takhta sebagai Sultan Perak ke 22.

Baginda mangkat pada tahun 1857 dan diberi gelaran 'Marhum Itikadullah", namun lebih dikenali sebagai ‘Marhum Durian Sebatang'. Sewaktu kajian keatas makam-makam Sultan Perak yang dilaksanakan oleh Jeragan Abdul Shukor atas titah perintah Sultan Idris Murshidul Azzam Shah pada tahun 1907, beliau melaporkan bahawa batu nisan makam Sultan Abdullah telah hilang.

Makam ini telah dibina semula dengan reka bentuk yang sama dengan makam-makam Sultan Perak yang lain pada tahun 1969. Pada tahun 2015 bagi memuliakan pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, makam ini telah diperbaiki semula dengan bumbung, pagar dan papan tanda sejarah baru turut didirikan.

Makam ini merupakan makam terakhir yang akan dikunjungi oleh Sultan Perak sebelum baginda ke Beting Beras Basah untuk menjalani upacara Tabal Beting Beras Basah.

Pertanyaan

Maklumat Sedang Dikemaskini

Koordinat

WGS 84 : N2.5529° , E103.7549°

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 19/11/2024 | Jumlah Pelawat : 38157
EKSA