Idea asal pembinaan Memorial Perang Hilir Perak ini datang dari Persatuan Peladang-Peladang Perk (Central Perak Planters Association) pada tahun 1917 ketika Perang Dunia Pertama masih lagi berlansung (1914-1918).
Memorial ini dibina dengan menggunakan sebongkah batu granit besar dan diletakkan diatas sebuah binaan konkrit merupakan satu-satunya memorial seumpamanya yang dibina seperti ini di Malaysia. Dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Batu Tenggek, ia dibina bagi memperingati penduduk Hilir Perak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama. Tugu in dirasmikan oleh General Commanding Officer (G.O.C) Malaya iaitu Sir Theodore Fraser dalam sebuah majlis yang penuh gilang gemilang pada hari Jumaat, 16 Januari 1926.
Selepas tamat Perang Dunia Kedua, tahun 1939-1945 turut ditambah bagi memperingati mereka yang terkorban dalam perang ini. Pada tugu ini terdapat sepotong ayat dari sajak "For the Fallen" yang dikarang oleh penyair terkenal Inggeris Laurence Binyon yang tertulis “At the going down of the sun and in the morning we will remember them."