Jejak Warisan

Pejabat Pos

Pejabat Pos

Terletak diantara Balai Polis Lama dan bangunan Hongkong and Shanghai Banking Corporation, bangunan Pejabat Pos Teluk Intan yang unik ini dibina pada sekitar tahun 1890-an dan kekal sebagai bangunan pentadbiran zaman British yang masih digunakan sehingga ke hari in.

Bangunan yang dibina sebelum Perang Dunia Pertama ini masih kukuh berdiri dan pintu masuknya seakan sama seperti pintu mask Balai Polis Lama Teluk Intan dengan ayat 'Pejabat Pos'" tertulis diatas pintu gerbangnya. Pada masa dahulu bangunan ini tidak begitu jelas milik siapa.

Akhbar The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser melaporkan pada 5 Oktober 1895 bahawa "seseorang akan tertanya-tanya adakah bangunan tersebut merupakan penjara, atau gereja, makam, teater atau rumah orang Cina." Pada tahun-tahun awal kewujudannya, perkhidmatan pejabat pos ini termasuklah penghantaran surat, pendaftaran pengundi, menyimpan duit dan bahkan juga untuk membeli tiket loteri.

Walaubagaimanapun pada 1980-an, penjualan tiket loteri telah dihentikan dan selepas penswastaan perkhidmatan pos pada tahun 1992, Pos Malaysia Berhad telah diberikan hak untuk menguruskan segala urusan perkhidmatan pos dan Pos Laju di Teluk Intan.

Pertanyaan

Maklumat Sedang Dikemaskini

Koordinat

WGS 84 : N2.5529° , E103.7549°

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 19/11/2024 | Jumlah Pelawat : 38157
EKSA