Di antara migran terawal yang datang ke Teluk Anson (kini Teluk Intan) dari Selatan India adalah Komuniti Chettiar, terkenal dengan ketaatan mereka kepada Dewa Murugan dan semangat untuk membina serta menjaga kuil. Kebanyakkan Selatan India adalah Komuniti Chettiar, dari Selatan India adalah Komuniti Chettiar, terkenal dengan ketaatan mereka kepada Dewa Murugan dan semangat untuk membina serta menjaga kuil.
Kebanyakkan dari mereka terdiri daripada para pedagang, peniaga dan juga pemberi pinjaman wang. Kuil asal dibina bagi tujuan upacara keagamaan dan pada akhir tahun 1890-an, sebuah kuil besar telah didirikan. Akhbar Perak Pioneer bertarikh 16 September 1899 melaporkan bahawa, "Orang Hindu di Hilir Perak mempunyai sebab untuk mengucapkan tahniah sesama mereka. Setahun dua sebelum in mereka tidak mempunyai tempat untuk bersembahyang. Kini mereka telah mempunyai kuil mereka sendiri yang dikatakan berharga 5000 Dolar Selat yang dikumpul oleh komuniti Chettiar hasil usaha S.T. Somasundram Chettiar dan M.N. Muthukaruppan Chettiar yang merupakan pemberi pinjaman wang tempatan.” Kuil in berdiri sebagai bukti kepada sumbangan golongan Chettiar kepada ekonomi tempatan.
Dengan mengikut seni bina dari India Selatan yang biasa dengan reka bentuk Chettiar, hanya kayu jati terbaik yang dibawa dari kilang kayu di Burma sahaja digunakan sebagai asas kuil ini. Manakala beras dan bijirin yang terbaik dari Burma dan rempah dari India akan dibawa untuk festival sebagai persembahan makanan kepada para dewa. Festival yang penting iaitu Chitra Paruvam disambut setiap tahun.