Jejak Warisan

Gereja St Luke the Evangelist

Gereja St Luke the Evangelist

Seawal penghujung tahun 1880-an, sudah terdapat komuniti Kristian bermazhab Anglican yang kuat di Teluk Anson. Satu diantara ketua paderi Anglican terawal, Rev A Markham yang berpusat di Ipoh (1884 - 1887) telah berkhidmat kepada komuniti disini.

Sewaktu bangunan Mahkamah Teluk Anson siap pada tahun 1893, ia turut digunakan sebagai gereja pada setiap hari Ahad untuk upacara sembahyang mingguan. Satu rancangan untuk membina sebuah gereja baru telah dirangka pada penghujung tahun 1909 dibawah seliaan Superintendent Mr. H.J. Cooper serta beberapa ahli yang memberikan khidmat penting dalam pembinaan gereja ini.

Walaupun bahagian luaran gereja telah siap pada bulan Mei 1911, terdapat kekurangan dana bagi membeli kelengkapan dalaman gereja. Akhirya, pada hari Jumaat 26 April 1912, Church of St Luke the Evangelist telah dirasmikan pembukaannya oleh Rt. Rev. Charles Ferguson-Davie, Bishop Singapura. Gereja ini merupakan sebuah bangunan kayu kecil yang mampu memuatkan seramai 60 orang pengunjung dalam satu-satu masa.

Pada tahun 2000 gereja ini telah menjalani proses pengubahsuaian secara besar-besaran dan siap pada 13 Mei 2001.

Pertanyaan

Maklumat Sedang Dikemaskini

Koordinat

WGS 84 : N2.5529° , E103.7549°

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 22/11/2024 | Jumlah Pelawat : 38159
EKSA