Jejak Warisan

Masjid Jamek Kampong Batak Rabit

Masjid Jamek Kampong Batak Rabit

Masjid Jamek Kampong Batak Rabit dipercayai telah wujud lebih dari 100 tahun. Dikatakan dibina oleh Laksamana Tok Tambah, pembantu kepada Sultan Abdullah II, Sultan Perak ke-26 yang terkenal dengan insiden pembunuhan J.W.W. Birch, Residen British Pertama di Negeri Perak. Bangunan asal masjid ini telah dibina dengan menggunakan kayu berkualiti tinggi.

Walaubagaimanapun pada tahun 1885, Laksamana Tok Tambah telah membina semula masjid ini menggunakan batu bata yang kekal hingga ke hari ini. Bahagian dalam masjid pula kelihatan banyak tiang yang dibina dengan kemas dan kukuh melambangkan betapa hebatnya arkitek zaman dahulu dalam membina binaan konkrit sehingga kekal utuh sehingga kini. Seni bina masjid ini menggabungkan seni bina Melayu serta Eropah. Manakala struktur bangunan serta bumbungnya memang jelas dengan menggunakan ciri-ciri atap tumpang yang lazim terdapat pada masjid di nusantara.

Ada ahli sejarah bersetuju senireka Masjid Batak Rabit ini berasal dari Masjid Demak.

Pertanyaan

Maklumat Sedang Dikemaskini

Koordinat

WGS 84 : N2.5529° , E103.7549°

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 15/10/2024 | Jumlah Pelawat : 38172
EKSA