Salah satu tarikan utama pelancong di Bagan Datuk adalah Dataran Bagan Datuk. Pada waktu senja, para pengunjung berpeluang melihat panorama matahari terbenam. Suasana dataran ini bertambah kemeriahannya pada hujung minggu kerana aktiviti seperti penjualan pelbagai jenis makanan. Selain itu, taman permainan berbentuk kapal (replika kapal) turut menjadi tumpuan para pungunjung terutamanya kanak-kanak. Dataran dan jeti ini merupakan tempat yang sesuai untuk aktiviti bergambar dan beriadah bersama seisi keluarga.