Bagi mereka yang suka bergambar ‘OOTD’ di tempat-tempat menarik sudah tentu ladang bunga matahari yang terletak di Bagan Datuk menjadi pilihan. Bagi penggemar bunga matahari sudah pastinya ladang ini memberi kepuasan bergambar dengan spesis tumbuhan menarik ini. Ada banyak latarbelakang menarik dan beberapa tarikan lain yang diwujudkan di ladang ini. Sunflower Garden Bagan Sungai Burung merupakan satu tempat “insta worthy” yang kian mendapat perhatian ramai.