Dataran JPS Teluk Intan Kampung Terengganu di tebing Sungai Perak adalah tempat yang amat sesuai untuk menikmati panorama matahari terbit dan terbenam. Pembinaan dataran ini merupakan suatu projek tebatan banjir Bandar Teluk Intan Fasa 1. Projek yang bernilai RM 59,019,339.08 ini dimulakan pada 1 Disember 2015 dan disiapkan pada 26 April 2019.