Tempat Menarik

Ladang Moccis

Ladang Moccis

Ladang Moccis Sdn Bhd ialah ladang yang kaya dengan pokok palma dan penternakan lembu yang diasaskan pada 1974 di Perak. Ladang Moccis Sdn Bhd terletak di tenggara Kampung Cangkat Jong hampir 15 km dari Menara Condong Teluk Intan dengan keluasan 3134 ekar… Namun sejak 2014, Ladang Moccis juga telah menceburi perniagaan homestay, untuk memberi peluang kepada pengunjung dan orang ramai merasai i percutian yang tenang tetapi selesa di ladang.Terdapat 10 unit Lake Villa, setiap satu dengan 3 bilik (bilik air bersambung ) & berhawa dingin sepenuhnya termasuk ruang tamu & dapur Homestay adalah peribadi dan terpencil mengelilingi tasik yang jernih dan indah, dan sesuai untuk beberapa detik renungan yang tenang bersama rakan-rakan rapat, keluarg. Para pengunjung boleh menikmati keindahan matahari terbit diiringi pelbagai haiwan di Mini Zoo. Pengunjung dan tetamu boleh menikmati sesi barbeku, ATV, berkayak, berbasikal, berkhemah dan juga memancing.Antara ternakan yang terdapat di zoo mini Ladang Moccis  ialah rusa, kucing bengal, arnab, angsa, burung, ayam dan ikan Tilapia di dalam kolam.

Pertanyaan

Maklumat Sedang Dikemaskini

Koordinat

WGS 84 : N2.5529° , E103.7549°

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 13/11/2024 | Jumlah Pelawat : 38151
EKSA