Pulau Bangau yang seluas 14.346 hectar ini mempunyai keunikanya yang tersendiri. Dinamakan Pulau Bangau berikutan populasi burung bangau yang menjadikan pulau di tengah tengah sungai ini sebagai habitat mereka kerana kedudukannya yang strategik dan bebas dari ancaman manusia. Terdapat lebih kurang 13 spesis burung bangau di pulau ini. Antaranya adalah, Great Egret, Cattle Egret, Chinese egret, Little Egret, Black crowned ninght, Grey Heron, Yellow Bittern, Striated heron, White breasted waterhed, Asian open bill heron, Purple Heron, Little cormorant dan Lesser adjutant Selain itu terdapat juga burung lain seperti burung helang, raja udang dan enggang. Spesis burung bangau yang di temui di sini adalah beribu ribu burung bangau yang bermastautin dan berhijrah ke pulau ini.
Menaiki bot ke Pulau Bangau yang mengambil masa dalam lebih kurang 10 hingga 15 minit merupakan sebuah pengalaman yang menarik. Ia turut memberi peluang kepada para pengunjung untuk melihat Teluk Intan dari perspektif yang berbeza. Lebih kurang jam 6.30 petang, burung burung ini biasanya akan pulang ke pulau tersebut setelah mencari makan di sawah padi di sekitar Hilir Perak, dalam pembentukan yang unik. Pengunjung dapat menyaksikan sendiri pemandangan indah ini. Ditambahkan juga dengan panorama permandangan senja yang menenangkan. Pada waktu malam pula, pengunjung dapat melihat kelipan indah beribu ribu kelip kelip spesies Pteroptyx tener yang terdapat di Pokok Berembang sepanjang persisiran sungai ini. Pengalaman perjalanan bot ke Pulau Bangau yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan dan menerokai khazanah alam, akan menjadi suatu memori yang indah dan sukar dilupakan.