Taman rekreasi River Front Teluk Intan sememangnya popular sebagai lokasi bersantai dan beriadah penduduk setempat. Terdapat taman permainan kanak-kanak, sebuah menara tinjau di tepi sungai, beberapa wakaf untuk beristirehat, alat-alat senaman ringan, sebuah replika keris dan terdapat perkhidmatan sewa menaiki bot keliling sungai perak. River Front Teluk Intan ini merupakan salah satu inisiatif pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan kemudahan awam untuk orang ramai.