Mengenai Kami

Mengenai Bagan Datuk

Asal usul bagan datuk

Bagan Datuk terletak di selatan Negeri Perak dengan jarak hampir 130 kilometer dari Bandaraya Ipoh, Ibu Negeri Perak. Bagan Datuk sebelum ini berada dalam Daerah Hilir Perak, namun pada Januari 2016, Bagan Datuk telah dinaik taraf sebagai sebuah daerah sendiri iaitu Daerah ke 12 dalam Negeri Perak. Bagan Datuk pernah muncul dalam peta dunia sebagai pengeluar kelapa terpenting sekitar penghujung abad ke 19 sehingga pertengahan abad ke 20 yang telah menyaksikan perubahan struktur fizikalnya selepas itu. Namun kegemilangannya tidak bertahan lama dan kini Bagan Datuk hanya merupakan sebuah pekan dan daerah kecil yang masih meneruskan legasi sosioekonomi warisan dari generasi terdahulu.
Bagan Datuk mula diteroka sekitar tahun 1880an dan Pekan Bagan Datuk pula dibuka pada tahun 1896. Pada waktu itu, lokasi tersebut dikenali dengan nama Sungai Keling dan ada yang memanggilnya dengan nama Pekan Baru oleh Tok Kelah. Ia kemudian ditukar kepada Bagan Datoh yang merujuk kepada penempatan orang Melayu yang dibina di tebing Sungai Perak digelar sebagai bagan, serta asal nama Tok Kelah atas kesilapan orang Inggeris menuturkan dialek Melayu memanggil 'Tok" kepada 'Toh'. Menurut sejarah, nama Bagan Datoh pada asalnya sebelum ditukarkan ke Bagan Datuk adalah merupakan gabungan antara lokasi dan struktur kawasan penduduk Melayu di situ sendiri
Bagan Datuk menyimpan pelbagai cerita yang perlu dibuka untuk perhatian pelbagai pihak dan pelbagai sudut yang mungkin merintis pelbagai potensi hiliran samada dari aspek sosial mahupun ekonomi. Generasi hari ini perlu mengetahui sejarah sebenar Bagan Datuk agar pencapaian lalu boleh dijadikan inspirasi kepada kehidupan mereka hari ini seterusnya mengembalikan kegemilangan Bagan Datuk itu sendiri.
Bagan Datuk pernah muncul sebagai pelabuhan antarabangsa kesan pengeluaran kelapa yang mendapat permintaan pelbagai negara di awal abad ke 20. Namun sejarah maritim Bagan Datuk bermula jauh lebih awal dari itu dengan peristiwa pemudikkan Sultan Perak Pertama, Sultan Muzaffar Shah pada tahun 1528. Peranan Bagan Datuk berterusan releven sehingga ke era kolonial dan juga pasca kemerdekaan. Hari ini nama Bagan Datuk hanya dikaitkan dengan sebuah pekan kecil yang dipacu oleh aktiviti perikanan dan hasil laut serta kelapa sawit. Walaupun tanaman kelapa masih berterusan sehingga kini namun tidak sehebat semasa era kemuncaknya. Rentetan itu adalah perlu satu kajian dijalankan bagi mendedahkan latar belakang sebenar Bagan Datuk dari skop peranan maritimnya agar masyarakat hari ini menyedari kepentingan tersebut berkait rapat dengan pembentukan sosioekonomi yang mereka warisi. Kajian ini dibahagi kepada lima peranan utama iaitu;

(i)   Peranannya sebagai lokasi pemudikkan Sultan Perak Pertama.
(ii)  Lokasi penanda pintu masuk ke Sungai Perak,
(iii) Pelabuhan singgah
(iv) Pelabuhan antarabangsa
(v)  Aktiviti perikanan kawasan Selatan Perak.
aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 27/01/2025 | Jumlah Pelawat : 38176
EKSA