16 Mac 2026 (ISNIN) - Pada 10 hingga 12 Mac 2026, Penyampaian Hadiah Anugerah Gerai Bersih Tip Top 2026 telah diadakan di Bazar Ramadan Langkap, Teluk Intan dan Simpang Empat Empat Hutan Melintang.
Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif bagi memberi pengiktirafan kepada para peniaga yang mengekalkan tahap kebersihan gerai yang tinggi serta memastikan penyediaan makanan yang berkualiti dan selamat kepada para pengunjung bazar.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Tuan Zairul Akmal Bin Kasim, sebagai tanda penghargaan kepada para peniaga yang berjaya mengekalkan tahap kebersihan gerai yang cemerlang sepanjang operasi Bazar Ramadan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis Kanan MPTI, Pengarah Jabatan MPTI yang bersama-sama menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Penganjuran anugerah ini bertujuan menggalakkan para peniaga untuk terus menitikberatkan aspek kebersihan, pengurusan sisa yang teratur serta penyediaan makanan yang selamat dan berkualiti kepada para pengunjung.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan persekitaran gerai sentiasa bersih, teratur dan mematuhi amalan pengendalian makanan yang baik.