Aktiviti & Berita

PENYAMPAIAN HADIAH ANUGERAH GERAI BERSIH TIP TOP 2026

16 Mac 2026 (ISNIN) - Pada 10 hingga 12 Mac 2026, Penyampaian Hadiah Anugerah Gerai Bersih Tip Top 2026 telah diadakan di Bazar Ramadan Langkap, Teluk Intan dan Simpang Empat Empat Hutan Melintang.
Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif bagi memberi pengiktirafan kepada para peniaga yang mengekalkan tahap kebersihan gerai yang tinggi serta memastikan penyediaan makanan yang berkualiti dan selamat kepada para pengunjung bazar.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, Tuan Zairul Akmal Bin Kasim, sebagai tanda penghargaan kepada para peniaga yang berjaya mengekalkan tahap kebersihan gerai yang cemerlang sepanjang operasi Bazar Ramadan.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ahli-Ahli Majlis Kanan MPTI, Pengarah Jabatan MPTI yang bersama-sama menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Penganjuran anugerah ini bertujuan menggalakkan para peniaga untuk terus menitikberatkan aspek kebersihan, pengurusan sisa yang teratur serta penyediaan makanan yang selamat dan berkualiti kepada para pengunjung.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan persekitaran gerai sentiasa bersih, teratur dan mematuhi amalan pengendalian makanan yang baik.

1
651896150 1238047905171069 6143387540111609770 N
651933342 1238048068504386 5896629873947425837 N
652176831 1238047998504393 3235954607406302464 N
652555109 1238047895171070 3983758243657604422 N
652645075 1238048168504376 4577493044006923165 N
652667403 1238047801837746 2427363863990098963 N
652670026 1238048105171049 3417623751722433755 N
652828654 1238047898504403 2042557808895746278 N
652846887 1238047995171060 1157447554651930330 N
653379421 1238047808504412 7467771031054898911 N
653711514 1238047965171063 5566724999393127266 N

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 03/09/2026 | Jumlah Pelawat : 38175
EKSA