17 MAC 2026 (SELASA) – Majlis Angkat Sumpah sebagai Ahli Majlis Majlis Perbandaran Teluk intan (MPTI) bagi sesi 2026/2028 telah selesai dilaksanakan di hadapan YB Sandrea Ng, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Perak, YBrs Tuan Zairul Akmal Kasim, Yang Dipertua MPTI dan YBrs Dr. Nor Akmar Ibrahim, Setiausaha Perbandaran MPTI pada jam 2.30 petang bertempat di Dewan Mesyuarat Utama, MPTI.
Majlis ini disaksikan oleh YB Puan Wasanthee a/p Sinnasamy ADUN Kawasan Hutan Melintang, YBhg Dato' Hj Meor Redwan bin Mahayudin (Orang Besar Jajahan Hilir Perak), YDH Toh Seri Lela Paduka Prof Dato' Dr. Khalid bin Ismail (Orang Besar Jajahan Bagan Datuk), YBrs Puan Mufidah binti Mahfodz (Pegawai Daerah Hilir Perak), DSP Khairi Anuar bin Rusli (Wakil Ketua Polis Daerah Hilir Perak), DSP Azhar bin Abu Hashim (Wakil Ketua Polis Daerah Bagan Datuk), Wakil Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta barisan Pengarah MPTI.
Sesi pelantikan Ahli Majlis MPTI ini melibatkan seramai 21 orang Ahli Majlis MPTI bagi sesi 2026/2028, 14 orang Ahli Majlis yang dilantik semula, manakala 7 orang merupakan lantikan baharu iaitu Clr. Abd Halim Mohd Kharuji, Clr. Lim Kian Deng, Clr. Muzafar Shah Khairuddin@Suhaimi, Clr Krishnakumari a/p Lachamanan, Clr Moogan Rao a/l Muserlaya, Clr Al Malik Saifuddin Mat Radzi, dan Clr Zulaiha Mohd Azam.
MPTI turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Ahli Majlis yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan mereka atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Ahli Majlis MPTI.
Pihak Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Majlis yang dilantik dan berharap agar amanah serta tanggungjawab yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi dalam usaha memperkukuh perkhidmatan serta pembangunan kawasan pentadbiran MPTI.