20 JULAI 2026- TELUK INTAN | Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) telah menerima kunjungan hormat daripada YAB Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak ke Pejabat Majlis Perbandaran Teluk Intan pada 20 Julai 2026.
Ketibaan YAB Menteri Besar telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohd Faizal Md Kasim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, bersama barisan kepimpinan Ketua-Ketua Jabatan MPTI.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri Perak dalam memperkukuh hubungan strategik serta menyokong usaha MPTI ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan berorientasikan rakyat.
Semoga jalinan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan MPTI akan terus diperkasakan demi memacu pembangunan serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat di daerah Hilir Perak.