Aktiviti & Berita

PENANTIAN LEBIH 50 TAHUN BERAKHIR, KERAJAAN MADANI LULUS RM 80.5 JUTA BAGI PROJEK TEBATAN BANJIR DI TELUK INTAN

06 Jun 2026 — Penantian lebih setengah abad penduduk Teluk Intan untuk menikmati penyelesaian menyeluruh terhadap masalah banjir akhirnya berakhir apabila Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan RM80.5 juta bagi melaksanakan Projek Pembangunan Tebatan Banjir (RTB) Teluk Intan Zon A Fasa 2.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Tuan Nga Kor Ming berkata projek berimpak tinggi itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan.
Beliau berkata projek RTB pintar itu bukan sahaja mengurangkan risiko banjir, malah bakal dilengkapi kemudahan rekreasi seperti lorong basikal, laluan joging dan landskap hijau yang dijangka siap pada 2028.
Menurut YBM, projek itu melibatkan pembinaan infrastruktur tebatan banjir sepanjang 5.65 kilometer bagi menghalang limpahan air Sungai Perak ke kawasan Bandar Teluk Intan dan sekitarnya.
Beliau berkata walaupun Fasa 1 projek RTB siap pada 2019, beberapa kawasan masih terjejas akibat limpahan air pasang, justeru pelaksanaan Fasa 2 akan menyelesaikan isu tersebut secara lebih menyeluruh dengan keseluruhan jajaran RTB sepanjang kira-kira tujuh kilometer.
Projek yang akan dilaksanakan serta-merta itu dijadual siap pada 2028 dan dijangka memberi manfaat kepada ribuan penduduk serta melindungi kediaman, premis perniagaan dan infrastruktur awam daripada risiko banjir.
Hadir sama semasa lawatan tersebut YB Tuan 吴家良 Woo Kah Leong (EXCO Kerajaan Negeri Perak) merangkap ADUN Pasir Bedamar, YBrs Puan Mufidah binti Mahfodz (Pegawai Daerah Hilir Perak), YBhg Dato’ Haji Meor Redwan Bin Mahayudin (OBJ Daerah Hilir Perak), YBrs Tuan Mohd Faizal bin Md Kasim (Yang Dipertua MPTI), YB Steven Chaw Kam Foon (Setiausaha Politik kepada YB Menteri KPKT) merangkap ADUN Menglembu dan Pengurusan Tertinggi KPKT.

714284089 750896681413596 8448352903602885563 N
717025996 812184498615780 3108659313577153892 N
718132543 1467825298708363 1314714720003225736 N
718675229 4313606572234557 4535177394864292392 N
719939516 981755458065371 1698546797420989122 N
720101240 1331544228926147 2461279057242213565 N
720138800 1566730041677500 7704014698735340870 N
720342252 4218967618355009 6853653729283224836 N
720611207 885378180504943 640484437433344389 N

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 03/09/2026 | Jumlah Pelawat : 38159
EKSA