๐ง๐๐๐จ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ก, ๐ญ๐ญ ๐๐ฃ๐ฅ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming meneruskan siri Jelajah Sentuhan Kasih KPKT Tahun 2026 di Teluk Intan, Perak dengan meninjau lapan 8 projek utama serta mengumumkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM47.44 juta demi kesejahteraan rakyat setempat.
Peruntukan KPKT sebanyak RM6,874,400 (RM6.87 juta) adalah meliputi skop pembangunan seperti berikut :
RM4,240,000 untuk Projek Infrastruktur dan Kemudahan Awam oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), melibatkan 10 projek utama, antaranya adalah seperti berikut:
Naik taraf lampu jalan LED di Jalan Changkat Jong dan Pekan Teluk Intan;
Baik pulih jalan di Taman Impiana dan Jalan Pasir Bedamar;
Naik taraf longkang dan turapan jalan di Taman Seri Setia; dan
Penaiktarafan tandas awam bertaraf โBMWโ di Terminal Intan.
RM500,000 untuk naik taraf landskap di Taman Zahari Zabidi oleh Jabatan Landskap Negara
RM80,000 untuk Program Baik Pulih Rumah di Bandar melibatkan 4 unit rumah.
Dalam lawatan ini, YB Menteri turut meninjau beberapa projek berimpak tinggi kepada komuniti termasuk :
SMK Kampung Bahagia;
Projek RMR di Mukim Durian Sebatang;
Taman Rekreasi MADANI di Taman Indah Jaya 2 dan Taman Teluk Intan;
PPR Pangsapuri Laksamana Amanjaya (penyelenggaraan lif dan kemudahan);
Tandas Awam Glutton Square Baru; dan
Arca Udang Delta Intan di Taman Riverfront
Siri Jelajah Sentuhan Kasih ini diakhiri dengan Majlis Sentuhan Kasih Aidilfitri, di mana YB Menteri turut menyampaikan mock cheque kepada dua (2) penerima Program Baik Pulih Rumah serta simbolik penyerahan keseluruhan peruntukan Sentuhan Kasih 2026 kepada pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI).