Aktiviti & Berita

PROGRAM GOTONG ROYONG PENANAMAN POKOK TEDUHAN DIKAWASAN TAMAN REKREASI TAMAN INDAH JAYA DIBAWAH INISIATIF LOCAL AGENDA 21 (LA21)

  • Utama
  • Pusat Media
  • Aktiviti & Berita
  • PROGRAM GOTONG ROYONG PENANAMAN POKOK TEDUHAN DIKAWASAN TAMAN REKREASI TAMAN INDAH JAYA DIBAWAH INISIATIF LOCAL AGENDA 21 (LA21)
TELUK INTAN (18 APRIL 2026 SABTU) - Program Gotong-Royong Penanaman Pokok di bawah inisiatif Local Agenda 21 (LA21) telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya yang dihadiri hampir 300 orang peserta pada 18 April 2026 bertempat di Taman Rekreasi Taman Indah Jaya. Program ini merupakan usaha kolaboratif yang melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) pelajar sekolah serta komuniti setempat, dalam memperkukuhkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian bandar.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs En. Badrul Hisham Badarudin Pegawai Khas kepada YB Tuan Woo Kah Leong, Exco Kerajaan Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menekankan kepentingan kerjasama komuniti dalam memastikan agenda pembangunan mampan terus diperkasakan selaras dengan matlamat LA21.
Hadir sama YBrs Dr. Nor Akmar Ibrahim Setiausaha MPTI, Ir. Sudin bin Hasim Jurutera Daerah JKR Hilir Perak, Dr. Siti Rohani binti Nurumal Pegawai Kesihatan Daerah Hilir Perak, Supt Asbudi bin Tarawe Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Pn. Nur Farahin binti Anuar Pegawai Belia dan Sukan Hilir Perak, Ahli-Ahli Majlis, Wakil Ketua Jabatan dan Komuniti Setempat.
Sebanyak 50 pokok "Lagerstroemia langkawiensis", atau lebih dikenali sebagai pokok Bungor Langkawi, telah berjaya ditanam, mewarnai ruang hijau kawasan Taman Rekreasi Indah Jaya. Pelaksanaan program ini bukan sahaja memperindahkan kawasan rekreasi setempat, malah menjadi platform penyatuan komuniti serta menyemai semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan.

672645791 1267212728921253 6111848322315934380 N
672683373 1267211855588007 1229551752732240889 N
672684298 1267212805587912 7796323404872551886 N
672684308 1267211948921331 7506221350813120201 N
672684326 1267212678921258 3547929764948570633 N
672684846 1267212048921321 1643352121697313311 N
672689419 1267212878921238 587711124966390529 N
672690001 1267211892254670 7483147217396847074 N
672690848 1267211888921337 5904270890145061336 N
672691285 1267211975587995 5645606575305088940 N
672692820 1267212015587991 2081857276953006265 N
672694036 1267212752254584 6820655277434966859 N
673815514 1267212192254640 7454776271050607421 N
673826441 1267211812254678 2382524188055089448 N
673860673 1267212335587959 758613153627327087 N
675528493 1267212558921270 3368278175788643793 N
676283078 1267212275587965 6900718443033951366 N
678664343 1267211852254674 2737460632522236162 N
678820113 1267212388921287 1103620504507257824 N
679022780 1267212608921265 3143675344313273644 N
679056457 1267212065587986 3241891078691498412 N

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 03/09/2026 | Jumlah Pelawat : 38175
EKSA