Aktiviti & Berita

SESI PERBINCANGAN KUMPULAN (FOCUS GROUP DISCUSSION - FGD BAGI KAJIAN RANCANGAN KAWASN KHAS RKK BANDAR BAGAN DATUK)

BAGAN DATUK - 20 APRIL 2026 (ISNIN) - Sesi Perbincangan Kumpulan Fokus (Focus Group Discussion - FGD) bagi Kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Bagan Datuk telah berjaya dilaksanakan dengan penuh komitmen dan semangat kolaborasi.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Zairul Akmal bin Kasim, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Teluk Intan, bertempat di Dewan Dato’ Lope Hashim, Bagan Datuk. Hadir sama dan menyertai sesi perbincangan tersebut YBrs Tuan Mohd Faizal Md Kasim (KPPD Tanah Bagan Datuk) mewakili Tuan Pegawai Daerah Bagan Datuk, YBhg Datin TPr Noraida Saludin (Pengurus Kajian Rancangan Kawasan Khas Bandar Bagan Datuk), YBrs Tuan Azirul Hazimi Hussain (Jurutera Daerah JPS Bagan Datuk), Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Ahli Majlis Daerah Bagan Datuk, Pengarah Jabatan MPTI.
Perbincangan ini menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi di Daerah Bagan Datuk sebagai platform perkongsian idea, pandangan serta cadangan ke arah pembangunan bandar yang lebih terancang, mampan dan berdaya huni.
Setiap pandangan yang disuarakan menjadi asas penting dalam membentuk hala tuju masa depan Bandar Bagan Datuk agar terus berkembang selari dengan keperluan komuniti setempat.

674790154 1268122002163659 5440160842110128806 N
675038926 1268122372163622 8017918246336087547 N
675282503 1268122522163607 7421227181808571216 N
675419551 1268122135496979 6951145114867576338 N
675450099 1268122352163624 753708825740437523 N
675727701 1268122125496980 6119211948247326488 N
677012974 1268122022163657 2354337278017259694 N
677040124 1268122202163639 3927201103515091522 N
678729755 1268122045496988 7970700623187961769 N
678767070 1268122412163618 8523355000579155289 N
678795136 1268122215496971 2138259954608194716 N
678983006 1268122122163647 82991519095848190 N
679024431 1268122138830312 3177876294549631086 N
679067007 1268122368830289 1445740366735013680 N
679140031 1268122498830276 6432783299294749471 N
679334620 1268122128830313 8735196426737507930 N

aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 03/09/2026 | Jumlah Pelawat : 38175
EKSA