Maklumat Korporat

Perutusan Pengarah

 

‘SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB RASMI MAJLIS PERBANDARAN TELUK INTAN'

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Perak Sejahtera 2030, Salam Malaysia Madani.

Terlebih dahulu saya mengucapkan selamat melayari portal rasmi Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Dengan adanya portal ini akan membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat pengurusan MPTI, info pelancongan, garis panduan, piagam pelanggan, ‘area officer’, fungsi, tawaran sebut harga, kekosongan jawatan dan pelbagai maklumat yang sentiasa dikemaskini.

Kami di MPTI sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada pembayar cukai berdasarkan piagam pelanggan yang telah ditetapkan. Dalam masa yang sama, pihak pengurusan MPTI komited dalam mendukung prinsip integriti dan ketulusan dalam setiap urusan.

Sempena Tahun Melawat Perak 2024, MPTI mengalu-alukan para pengunjung untuk datang ke kedua-dua daerah dibawah pentadbirannya iaitu Hilir Perak dan Bagan Datuk.  Kedua-dua daerah ini mempunyai tarikan pelancongan yang tersendiri. Di Hilir Perak, bangunan yang bertaraf warisan kebangsaan iaitu Menara Condong Teluk Intan sudah tentu menjadi tarikan utama pelancong yang berkunjung ke bandar ini, Pulau Bangau pula merupakan tarikan baru eko pelancongan yang menggamit seribu kenangan kepada pengunjung yang datang, manakala di daerah Bagan Datuk pula, terdapat Masjid Terapung (Masjid Tuminah), Dataran Bagan Datuk, Taman Bunga Matahari, ‘Sky Mirror’ di Beting Beras Basah dan pelancongan agro menanti para pengunjung.

Saya berharap isi kandungan portal ini akan dapat memberikan info yang berguna kepada para pengunjung dan tidak segan untuk meninggalkan maklumbalas kepada pentadbir portal bagi menambahbaik mutu portal ini.

Sekian terima kasih.

Zairul Akmal bin Kasim, PMP.
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan
aa

Hubungi Kami

  • Majlis Perbandaran Teluk Intan
    Jalan Speedy, 36000 Teluk Intan, Perak

  • 605-622 1299
  • +605-621 2446
  • admin[at]mpti[dot]gov[dot]my

  • aduan[at]mpti[dot]gov[dot]my


Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Teluk Intan. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 17/05/2024 | Jumlah Pelawat : 38157
EKSA